45 Yehud, Beneberak, Gat-Rimon.
46 Me-Yarkon serta Rakon, dan juga kawasan di sekitar Yope.
47 Apabila suku Dan kehilangan tanah, mereka pergi ke Lesem dan menyerang kota itu. Mereka merebut kota itu, membunuh penduduknya, lalu menaklukinya. Mereka tinggal di situ dan menukar nama kota itu daripada Lesem menjadi Dan, menurut nama nenek moyang mereka.
48 Semua kota itu dan pekan-pekannya terletak di dalam wilayah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Dan.
49 Apabila umat Israel selesai membahagi-bahagikan tanah itu, mereka memberi Yosua anak Nun sebahagian tanah itu sebagai miliknya sendiri.
50 Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN, mereka memberi Yosua kota yang dimintanya, iaitu Timnat-Serah di kawasan perbukitan Efraim. Yosua membina semula kota itu lalu menetap di sana.
51 Demikianlah Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para pemimpin daripada keluarga suku-suku Israel membahagi-bahagikan tanah itu dengan membuang undi di Silo, di pintu Khemah TUHAN untuk mengetahui kehendak TUHAN bagi mereka. Dengan demikian mereka menyelesaikan pembahagian tanah itu.