1 Lama selepas itu, TUHAN memberikan keamanan kepada umat Israel; mereka tidak lagi diganggu oleh ancaman musuh di sekitar mereka. Pada waktu itu Yosua sudah sangat tua.
2 Maka dia mengumpulkan semua orang Israel, termasuk para pemuka, para pemimpin, para hakim, dan para pegawai, lalu Yosua berkata, “Sekarang saya sudah sangat tua.
3 Kamu telah melihat segala yang telah dilakukan TUHAN, Allah kamu terhadap bangsa-bangsa ini untuk kamu. TUHAN, Allah kamu telah berperang untuk kamu.
4 Saya sudah membahagi-bahagikan tanah bangsa-bangsa ini kepada suku-suku kamu sebagai milik kamu, baik tanah yang belum ditaklukkan mahupun tanah yang sudah ditaklukkan, bermula dari Sungai Yordan di sebelah timur sampai ke Laut Tengah di sebelah barat.
5 TUHAN, Allah kamu akan menyebabkan mereka berundur dan lari daripada kamu apabila kamu memerangi mereka. Kamu akan memiliki tanah mereka sebagaimana yang telah dijanjikan oleh TUHAN, Allah kamu.