1 Yosua mengumpulkan semua suku Israel di Sikhem. Dia memanggil para pemuka, pemimpin, hakim, dan pegawai Israel, lalu mereka berkumpul di hadapan Allah.
2 Yosua berkata kepada semua orang itu, “Dengarlah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Dahulu kala nenek moyang kamu tinggal di seberang Sungai Efrat dan mereka menyembah dewa-dewa. Salah seorang daripada mereka ialah Terah, bapa Abraham dan Nahor.
3 Kemudian Aku membawa Abraham, nenek moyang kamu itu, dari tanah di seberang Sungai Efrat dan memimpin dia menjelajah seluruh tanah Kanaan. Aku memberi dia banyak keturunan. Aku memberi dia Ishak,
4 lalu kepada Ishak Aku berikan dua orang anak, iaitu Yakub dan Esau. Aku memberi Esau perbukitan Edom sebagai tanah miliknya, tetapi Yakub, iaitu nenek moyang kamu dan anak-anaknya pergi ke Mesir.
5 Kemudian Aku mengutus Musa serta Harun, dan Aku mendatangkan bencana besar ke atas Mesir, tetapi Aku memimpin kamu keluar dari tempat itu.
6 Aku membawa nenek moyang kamu keluar dari Mesir. Orang Mesir mengejar mereka dengan kereta kuda dan tentera berkuda. Tetapi apabila nenek moyang kamu tiba di Laut Gelagah,