5 Yosua berkata kepada umat itu, “Sucikanlah diri kamu kerana esok TUHAN akan melakukan mukjizat di tengah-tengah kamu.”
6 Kemudian Yosua menyuruh imam-imam mengangkat Tabut Perjanjian dan berjalan mendahului umat Israel. Imam-imam itu pun berbuat demikian.
7 TUHAN berfirman kepada Yosua, “Apa yang Aku lakukan hari ini akan menyebabkan semua umat Israel sangat menghormati engkau. Mereka akan sedar bahawa Aku menyertai engkau sebagaimana Aku menyertai Musa.
8 Perintahlah imam-imam yang membawa Tabut Perjanjian itu supaya masuk ke dalam sungai setibanya mereka di situ, dan berdiri dekat tebingnya.”
9 Kemudian Yosua berkata kepada umat, “Mari, dengarlah firman TUHAN, Allah kamu.
10 Apabila kamu maju kelak, Dia pasti akan mengusir orang Kanaan, Het, Hewi, Feris, Girgasi, Amori, dan Yebusi. Kamu akan tahu bahawa Allah yang hidup hadir di tengah-tengah kamu
11 apabila Tabut Perjanjian TUHAN alam semesta, digotong menyeberangi Sungai Yordan, mendahului kamu.