18 Apabila imam-imam itu sampai di tebing sungai, air sungai mengalir lagi dan banjir seperti semula.
19 Umat Israel menyeberangi sungai itu pada hari kesepuluh bulan pertama, lalu mereka berkhemah di Gilgal, di sebelah timur kota Yerikho.
20 Di sana Yosua menyusun dua belas buah batu yang diambil dari Sungai Yordan.
21 Dia berkata kepada umat Israel, “Pada masa akan datang, apabila anak cucu kamu bertanya tentang erti batu-batu ini,
22 beritahulah mereka bahawa umat Israel menyeberangi Sungai Yordan di atas dasar yang kering.
23 Beritahulah mereka bahawa TUHAN, Allah kamu mengeringkan sungai itu untuk kamu sehingga kamu menyeberanginya, sebagaimana Dia mengeringkan Laut Gelagah untuk kami sehingga kami menyeberanginya.
24 Dengan kejadian itu, semua orang di bumi akan tahu betapa besarnya kuasa TUHAN. Oleh itu kamu akan menghormati TUHAN, Allah kamu selama-lamanya.”