12 Pada masa itu manna tidak lagi jatuh ke tanah dan umat Israel tidak mendapatnya lagi. Mulai hari itu, mereka makan hasil tanaman di Kanaan.
13 Ketika Yosua berada dekat kota Yerikho, tiba-tiba dia nampak seorang lelaki dengan pedang terhunus, berdiri di hadapannya. Yosua menghampiri dia dan bertanya, “Adakah kamu ini salah seorang askar kami atau seorang musuh?”
14 Orang itu menjawab, “Aku bukan askar kamu dan bukan musuh. Aku panglima tentera TUHAN.”Yosua bersujud menyembah dan berkata, “Saya hamba tuan. Apakah perintah tuan kepada saya?”
15 Panglima tentera TUHAN berkata, “Tanggalkanlah kasutmu, kerana tempat engkau berdiri itu suci.” Lalu Yosua menanggalkan kasutnya.