14 Oleh itu beritahulah mereka bahawa pada pagi esok mereka akan dihadapkan kepada-Ku, suku demi suku. Suku yang Aku tunjuk akan tampil, puak demi puak. Puak yang Aku tunjuk akan tampil, keluarga demi keluarga. Keluarga yang Aku tunjuk akan tampil, seorang demi seorang.
15 Orang yang didapati menyimpan barang-barang terlarang itu akan dibakar, bersama-sama keluarganya dan segala miliknya kerana dia telah mempermalukan Israel dan melanggar perjanjian-Ku.”
16 Keesokan harinya, Yosua bangun pagi-pagi dan menghadapkan orang Israel kepada TUHAN, suku demi suku, lalu suku Yehuda yang ditunjuk.
17 Yosua menghadapkan suku Yehuda, puak demi puak, lalu puak Zerah yang ditunjuk. Kemudian dia menghadapkan puak Zerah, keluarga demi keluarga, lalu keluarga Zabdi yang ditunjuk.
18 Kemudian Yosua menghadapkan keluarga Zabdi, seorang demi seorang, lalu Akhan yang ditunjuk. Akhan anak Karmi dan cucu Zabdi.
19 Yosua berkata kepadanya, “Hai anakku, katakanlah yang benar di hadapan TUHAN, Allah Israel dan mengakulah. Sekarang, beritahulah aku apa yang telah engkau lakukan. Jangan sembunyikan perkara itu daripadaku.”
20 Akhan menjawab, “Sesungguhnya saya telah berdosa terhadap TUHAN, Allah Israel. Inilah yang saya lakukan.