15 Yosua dan anak buahnya berpura-pura berundur dan lari ke arah kawasan tanah gersang.
16 Semua orang lelaki di kota Ai telah dikumpulkan untuk mengejar Yosua dan anak buahnya. Sedang mereka mengejar Yosua, mereka bertambah jauh dari kota Ai.
17 Semua orang lelaki dari kota Ai mengejar orang Israel, sehingga kota itu dibiarkan terbuka dan tidak dikawal. Tiada seorang pun yang membela kota itu.
18 Kemudian TUHAN berfirman kepada Yosua, “Acungkanlah tombakmu ke arah kota Ai; Aku akan memberikan kota itu kepadamu.” Yosua pun melakukannya.
19 Sebaik sahaja Yosua mengangkat tangannya, askar-askar yang bersembunyi segera bangkit, lalu lari ke dalam kota itu dan menyerangnya. Mereka merebut kota itu lalu terus membakarnya.
20 Apabila orang Ai menoleh ke belakang, mereka nampak asap membumbung ke langit. Mereka tidak dapat melarikan diri kerana orang Israel yang telah lari ke arah tanah gersang tadi, berpatah balik pula dan menyerang mereka.
21 Apabila Yosua dan anak buahnya nampak bahawa pasukan yang lain telah merebut kota itu dan membakarnya, mereka berpatah balik dan mula membunuh orang Ai.