16 Tiga hari selepas perjanjian itu dibuat, orang Israel mendapat tahu bahawa semua orang itu sebenarnya tinggal tidak jauh dari situ.
17 Oleh itu orang Israel berangkat dan tiga hari kemudian mereka sampai di kota-kota semua orang itu: kota Gibeon, Kefira, Beerot, dan Kiryat-Yearim.
18 Tetapi orang Israel tidak boleh membunuh mereka kerana para pemimpin Israel telah bersumpah kepada mereka demi TUHAN, Allah Israel. Semua orang Israel bersungut kepada para pemimpin mereka
19 tentang hal itu tetapi para pemimpin itu menjawab, “Kami telah bersumpah kepada mereka demi TUHAN, Allah Israel. Oleh itu kita tidak boleh mencederakan mereka.
20 Kita mesti membiarkan mereka hidup kerana perjanjian kita itu; jika tidak, Allah akan menghukum kita.
21 Biarlah mereka hidup tetapi mereka mesti membelah kayu dan mengangkat air untuk kita.” Demikianlah cadangan para pemimpin itu.
22 Yosua menyuruh orang Gibeon menghadap lalu bertanya kepada mereka, “Mengapakah kamu menipu kami dan berkata bahawa kamu datang dari tempat yang jauh, padahal kamu tinggal di sekitar sini?