19 tentang hal itu tetapi para pemimpin itu menjawab, “Kami telah bersumpah kepada mereka demi TUHAN, Allah Israel. Oleh itu kita tidak boleh mencederakan mereka.
20 Kita mesti membiarkan mereka hidup kerana perjanjian kita itu; jika tidak, Allah akan menghukum kita.
21 Biarlah mereka hidup tetapi mereka mesti membelah kayu dan mengangkat air untuk kita.” Demikianlah cadangan para pemimpin itu.
22 Yosua menyuruh orang Gibeon menghadap lalu bertanya kepada mereka, “Mengapakah kamu menipu kami dan berkata bahawa kamu datang dari tempat yang jauh, padahal kamu tinggal di sekitar sini?
23 Oleh sebab muslihat itu kamu dihukum oleh Allah. Orang kamu akan sentiasa menjadi abdi. Kamu mesti membelah kayu dan mengangkat air untuk rumah Allahku.”
24 Orang Gibeon menjawab, “Tuan, kami berbuat demikian kerana kami mendengar bahawa sesungguhnya TUHAN, Allah tuan telah memerintahkan hamba-Nya, Musa untuk memberikan seluruh tanah ini kepada tuan, serta membunuh penduduknya ketika tuan maju berperang. Kami berbuat begitu kerana kami takut kepada tuan; kami takut dibunuh.
25 Tetapi sekarang kami dalam kekuasaan tuan; perlakukanlah kami dengan sepatutnya.”