24 Orang Gibeon menjawab, “Tuan, kami berbuat demikian kerana kami mendengar bahawa sesungguhnya TUHAN, Allah tuan telah memerintahkan hamba-Nya, Musa untuk memberikan seluruh tanah ini kepada tuan, serta membunuh penduduknya ketika tuan maju berperang. Kami berbuat begitu kerana kami takut kepada tuan; kami takut dibunuh.
25 Tetapi sekarang kami dalam kekuasaan tuan; perlakukanlah kami dengan sepatutnya.”
26 Oleh itu Yosua melindungi mereka dan tidak mengizinkan umat Israel membunuh mereka.
27 Tetapi Yosua menjadikan orang Gibeon itu abdi. Mereka mesti membelah kayu dan mengangkat air untuk umat Israel dan untuk mazbah TUHAN. Sampai hari ini mereka masih melakukan tugas itu di tempat yang dipilih oleh TUHAN sebagai tempat beribadat kepada-Nya.