8 Aku mahu orang lelaki berdoa di mana-mana sahaja dengan hati yang suci, tanpa kemarahan ataupun pertengkaran.
9 Aku juga mahu kaum wanita menghias diri dengan sederhana dan mengenakan pakaian yang senonoh. Jangan dandani diri dengan potongan rambut yang bukan-bukan, atau perhiasan emas atau mutiara, atau pakaian yang mahal-mahal.
10 Sebaliknya, wanita harus menghias diri dengan perbuatan baik yang sepatutnya dilakukan oleh wanita yang mengabdikan diri kepada Allah.
11 Wanita harus belajar dengan berdiam diri dan dengan rendah hati.
12 Aku tidak membenarkan wanita mengajar ataupun memerintahi lelaki; wanita mesti berdiam diri.
13 Hal ini demikian kerana Adam yang diciptakan dahulu, kemudian barulah Hawa.
14 Lagi pula bukan Adam yang ditipu, tetapi wanita yang tertipu, sehingga melanggar perintah Allah.