17 Pemimpin jemaah yang menjalankan tugas dengan baik sebagai pemimpin, layak menerima bayaran dua kali ganda, terutama sekali mereka yang rajin berkhutbah dan mengajar.
18 Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, “Janganlah berangus mulut lembu yang sedang mengirik biji-bijian,” dan juga, “Orang yang bekerja layak menerima upah.”
19 Janganlah percaya tuduhan terhadap seorang pemimpin jemaah, kecuali tuduhan itu diperkuat oleh dua atau tiga orang saksi.
20 Orang yang berbuat dosa harus ditegur di hadapan jemaah, supaya yang lain menjadi takut.
21 Di hadapan Allah, Kristus Yesus, dan malaikat-malaikat yang suci, aku mengarahkan engkau mentaati perintah-perintah ini tanpa prasangka terhadap sesiapa pun dan tidak berat sebelah.
22 Janganlah tergesa-gesa letakkan tangan pada seseorang untuk melantik dia sebagai hamba Tuhan. Jika orang lain berdosa, janganlah terikut-ikut. Jagalah supaya dirimu tetap murni.
23 Jangan minum air sahaja, tetapi minumlah sedikit wain untuk menolong pencernaanmu, kerana engkau sering sakit.