11 Dia berkata, ‘Yerobeam akan terbunuh dalam pertempuran, dan orang Israel akan dibawa ke pembuangan, jauh dari negeri mereka sendiri.’ ”
12 Kemudian Amazia berkata kepada Amos, “Hai nabi, pulanglah ke Yehuda! Bernubuatlah di sana. Biarlah mereka yang memberikan nafkah kepadamu!
13 Jangan lagi bernubuat di sini, di Betel. Kota ini khas untuk raja beribadat, iaitu tempat ibadat negara.”
14 Amos menjawab, “Aku bukan seperti nabi-nabi lain yang bernubuat untuk mendapat upah. Sebenarnya aku seorang penternak dan pemelihara pokok ara.
15 Tetapi TUHAN memanggil aku daripada pekerjaan menggembalakan ternak dan menyuruh aku menyampaikan perkhabaran-Nya kepada orang Israel.
16 Oleh itu dengarlah firman TUHAN. Oleh sebab Amazia melarang aku bernubuat menentang umat Israel,
17 demikianlah firman TUHAN, ‘Isterimu akan menjadi pelacur di jalan-jalan kota dan anak-anakmu dibunuh dalam peperangan. Tanahmu akan dibahagi-bahagi dan diberikan kepada orang lain; engkau sendiri akan meninggal di negeri orang yang tidak mengenal Allah. Penduduk Israel pasti akan dibawa ke pembuangan, jauh dari negeri mereka sendiri.’ ”