3 TUHAN mengubah fikiran-Nya dan berfirman, “Hal yang engkau nampak itu tidak akan berlaku.”
4 Aku mendapat suatu penglihatan lagi daripada TUHAN Raja. Aku nampak Dia sedang bersedia untuk menghukum umat-Nya dengan api. Api itu menghanguskan lautan besar di bawah bumi dan mula membakar tanah.
5 Kemudian aku berkata, “Ya TUHAN Raja, tolong hentikan api itu! Bagaimana mungkin umat-Mu dapat bertahan? Mereka sangat kecil dan lemah!”
6 TUHAN mengubah fikiran-Nya lagi dan berfirman, “Hal ini pun tidak akan berlaku.”
7 Aku mendapat suatu penglihatan lain daripada Tuhan. Aku nampak Dia berdiri di sisi sebuah tembok yang dibina dengan menggunakan tali unting, dan Dia memegang seutas tali unting.
8 Dia bertanya kepadaku, “Amos, apakah yang engkau nampak?”Aku menjawab, “Seutas tali unting.”Kemudian Dia berfirman, “Aku menggunakan tali unting ini untuk menunjukkan bahawa umat-Ku seperti tembok yang tidak tegak. Aku tidak akan mengubah fikiran-Ku lagi; Aku akan menghukum mereka.
9 Tempat-tempat yang digunakan oleh keturunan Ishak untuk beribadat akan dihancurkan. Tempat-tempat suci orang Israel akan menjadi reruntuhan. Aku akan mengakhiri pemerintahan keluarga Raja Yerobeam.”