9 Tempat-tempat yang digunakan oleh keturunan Ishak untuk beribadat akan dihancurkan. Tempat-tempat suci orang Israel akan menjadi reruntuhan. Aku akan mengakhiri pemerintahan keluarga Raja Yerobeam.”
10 Amazia, imam di Betel, mengirim laporan ini kepada Raja Yerobeam dari Israel, “Amos sedang berpakat dengan rakyat untuk melawan tuanku. Kata-katanya yang menghasut rakyat akan menyebabkan negeri ini hancur.
11 Dia berkata, ‘Yerobeam akan terbunuh dalam pertempuran, dan orang Israel akan dibawa ke pembuangan, jauh dari negeri mereka sendiri.’ ”
12 Kemudian Amazia berkata kepada Amos, “Hai nabi, pulanglah ke Yehuda! Bernubuatlah di sana. Biarlah mereka yang memberikan nafkah kepadamu!
13 Jangan lagi bernubuat di sini, di Betel. Kota ini khas untuk raja beribadat, iaitu tempat ibadat negara.”
14 Amos menjawab, “Aku bukan seperti nabi-nabi lain yang bernubuat untuk mendapat upah. Sebenarnya aku seorang penternak dan pemelihara pokok ara.
15 Tetapi TUHAN memanggil aku daripada pekerjaan menggembalakan ternak dan menyuruh aku menyampaikan perkhabaran-Nya kepada orang Israel.