11 Sudilah juga mendoakan Raja Nebukadnezar, raja Babilonia dan Beltsazar puteranya. Semoga baginda berdua hidup sejahtera selama-lamanya.
12 Semoga Tuhan menguatkan dan membimbing kami supaya dapat hidup dalam perlindungan Raja Nebukadnezar, raja Babilonia, serta Beltsazar puteranya, dan setia kepada mereka seumur hidup kami, sehingga kami diperkenankan oleh baginda berdua.
13 Saudara sekalian, doakanlah kami kepada Tuhan Allah oleh sebab kami telah berdosa terhadap Dia, dan sehingga sekarang kemurkaan-Nya yang dahsyat masih menimpa kami.
14 Sudilah membacakan kitab yang kami kirim ini di hadapan umat di dalam Rumah Tuhan pada Perayaan Pondok Daun dan pada hari-hari ibadat.”
15 Hendaklah saudara membuat pengakuan begini, ‘Tuhan, Allah kita adil, tetapi kami masih diliputi rasa malu. Kami semua, orang Yehuda, penduduk Yerusalem,
16 raja-raja kami, para pemimpin, para imam, para nabi, dan nenek moyang kami dipermalukan,
17 kerana kami telah berdosa terhadap Tuhan, Allah kami