1 Oleh itu Tuhan telah melaksanakan ancaman-Nya terhadap kami dan terhadap hakim-hakim kami, raja-raja, dan para pemimpin kami dan terhadap orang Israel dan Yehuda.
2 Di seluruh bumi belum pernah berlaku apa yang terjadi di Yerusalem, pada waktu Tuhan menghukum kami sesuai dengan apa yang tertulis dalam Taurat Musa,
3 sehingga makan daging anak-anak kami sendiri.
4 Tuhan mencerai-beraikan bangsa kami dan membiarkan kami dikuasai oleh bangsa-bangsa di sekeliling kami. Mereka menghina kami dan menjadikan negeri kami sunyi sepi.
5 Kami telah berdosa terhadap Tuhan, Allah kami dan tidak mahu taat kepada-Nya. Oleh itu bangsa kami tidak mendapat kemenangan, melainkan ditakluki.
6 Memang Tuhan, Allah kami adil, tetapi kami dan nenek moyang kami mendapat malu sehingga hari ini.
7 Tuhan telah menghukum kami sesuai dengan ancaman-Nya.