5 Kami telah berdosa terhadap Tuhan, Allah kami dan tidak mahu taat kepada-Nya. Oleh itu bangsa kami tidak mendapat kemenangan, melainkan ditakluki.
6 Memang Tuhan, Allah kami adil, tetapi kami dan nenek moyang kami mendapat malu sehingga hari ini.
7 Tuhan telah menghukum kami sesuai dengan ancaman-Nya.
8 Walaupun begitu kami belum juga berbalik kepada Tuhan dan belum meninggalkan fikiran-fikiran kami yang jahat.
9 Tuhan adil dalam segala sesuatu yang diperintahkan-Nya kepada kami. Oleh itu Dia telah mendatangkan bencana-bencana yang disediakan-Nya bagi kami.
10 Walaupun begitu kami belum juga mendengar suara-Nya dan tidak hidup menurut perintah yang diberikan-Nya kepada kami.”
11 ‘Ya Tuhan, Engkau Allah Israel yang telah membawa umat-Mu keluar dari Mesir dengan tanda-tanda, mukjizat, dan kuasa yang besar, sehingga Engkau menjadi termasyhur sehingga hari ini.