7 Tuhan telah menghukum kami sesuai dengan ancaman-Nya.
8 Walaupun begitu kami belum juga berbalik kepada Tuhan dan belum meninggalkan fikiran-fikiran kami yang jahat.
9 Tuhan adil dalam segala sesuatu yang diperintahkan-Nya kepada kami. Oleh itu Dia telah mendatangkan bencana-bencana yang disediakan-Nya bagi kami.
10 Walaupun begitu kami belum juga mendengar suara-Nya dan tidak hidup menurut perintah yang diberikan-Nya kepada kami.”
11 ‘Ya Tuhan, Engkau Allah Israel yang telah membawa umat-Mu keluar dari Mesir dengan tanda-tanda, mukjizat, dan kuasa yang besar, sehingga Engkau menjadi termasyhur sehingga hari ini.
12 Ya Tuhan, Allah kami, kami telah berdosa dan berbuat jahat. Kami tidak setia dan telah melanggar perintah-perintah-Mu.
13 Jangan murka lagi kepada kami, oleh sebab jumlah kami tinggal sedikit sahaja di kalangan bangsa-bangsa kerana Engkau mencerai-beraikan kami.