19 Oleh itu, jika tuanku berkenan, keluarkanlah satu titah bahawa Permaisuri Wasti tidak boleh menghadap raja lagi. Titah itu harus dijadikan undang-undang Persia dan Media supaya tidak mungkin dibatalkan lagi. Setelah itu, berikanlah kedudukan Permaisuri Wasti kepada wanita lain yang lebih baik.
20 Apabila titah tuanku itu diumumkan di seluruh kerajaan yang luas ini, maka tiap-tiap wanita akan menghormati suaminya, baik dia kaya mahupun miskin.”
21 Raja dan para pegawainya menyetujui cadangan Memukan itu, lalu raja segera melaksanakannya.
22 Raja mengirimkan surat perintah kepada semua wilayah di dalam kerajaan baginda, dalam setiap bahasa dan tulisan wilayah itu. Perintah itu mengatakan bahawa di dalam setiap rumah tangga, suamilah yang harus menjadi ketua, dan yang patut mengambil segala keputusan.