1 Beberapa lama kemudian, walaupun raja sudah tidak murka lagi, raja masih teringat akan perbuatan Permaisuri Wasti dan tindakan yang telah diambil terhadapnya.
2 Oleh sebab itu beberapa orang penasihat yang akrab dengan raja berkata, “Mengapakah tuanku tidak mencari anak dara yang cantik untuk tuanku?
3 Hendaklah tuanku melantik pegawai di semua wilayah kerajaan, lalu suruhlah mereka membawa semua anak dara yang cantik ke istana wanita di Susan, ibu kota ini. Serahkanlah mereka ke bawah jagaan Hegai, sida-sida yang menjadi ketua rumah tangga istana wanita. Dia akan mengurus mereka dan memberikan perawatan kecantikan kepada mereka.
4 Selepas itu, hendaklah tuanku memilih seorang anak dara yang paling tuanku sukai, dan lantiklah dia sebagai permaisuri untuk menggantikan Permaisuri Wasti.”Raja mendapati nasihat itu baik, lalu melaksanakannya.
5 Di ibu kota Susan, ada seorang Yahudi bernama Mordekhai anak Yair. Dia keturunan Kis dan Simei daripada suku Benyamin.