16 Demikianlah pada tahun ketujuh pemerintahan Raja Ahasyweros, pada bulan kesepuluh, iaitu bulan Tebet, Ester dibawa menghadap Raja Ahasyweros di istana.
17 Ester menyenangkan hati dan membahagiakan raja lebih daripada semua anak dara yang lain. Oleh itu dialah yang paling dicintai raja. Raja mengenakan mahkota kerajaan pada kepala Ester dan menjadikan dia permaisuri untuk menggantikan Wasti.
18 Selepas itu, raja mengadakan jamuan besar untuk menghormati Ester lalu menjemput semua pembesar dan pegawainya. Raja mengisytiharkan hari cuti bagi seluruh kerajaan dan membahagi-bahagikan banyak sekali hadiah.
19 Sementara itu Mordekhai telah diangkat oleh raja menjadi seorang pegawai negeri.
20 Sehingga masa itu Ester masih belum memberitahu sesiapa pun bahawa dia berbangsa Yahudi. Mordekhai melarang dia memberitahu sesiapa pun tentang bangsanya. Ester mentaati Mordekhai seperti pada masa dia masih kanak-kanak dan diasuh oleh Mordekhai.
21 Pada suatu hari, ketika Mordekhai bertugas di istana, Bigtan dan Teres, iaitu dua orang sida-sida yang mengawal pintu ke bilik-bilik raja, berasa sakit hati terhadap raja. Oleh itu mereka bermuslihat untuk membunuh raja.
22 Mordekhai mengetahui muslihat mereka itu lalu memberitahu Permaisuri Ester. Dengan segera Permaisuri Ester memberitahu raja tentang apa yang diketahui oleh Mordekhai.