5 Di ibu kota Susan, ada seorang Yahudi bernama Mordekhai anak Yair. Dia keturunan Kis dan Simei daripada suku Benyamin.
6 Mordekhai telah ditawan ketika Yerusalem dikalahkan oleh Nebukadnezar, raja Babilonia. Mordekhai dibawa ke Babilonia bersama dengan Yoyakhin iaitu raja Yehuda, dan banyak orang tawanan yang lain.
7 Mordekhai mempunyai sepupu yang bernama Ester. Nama Ibraninya ialah Hadasa. Ester seorang gadis yang berwajah cantik dan bertubuh molek. Ibu bapa Ester sudah meninggal, lalu dia menjadi anak angkat Mordekhai. Dia diasuh sebagai anak Mordekhai sendiri.
8 Setelah titah raja itu diisytiharkan, banyak anak dara dibawa ke Susan, dan Ester ada di kalangan mereka. Dia dibawa ke istana, di bawah jagaan Hegai, ketua rumah tangga istana wanita.
9 Hegai kagum melihat Ester dan suka kepadanya. Dengan segera Hegai memberi Ester perawatan kecantikan serta makanan yang khas. Dia memberi Ester bilik yang terbaik di dalam istana wanita itu. Hegai juga menyuruh tujuh orang gadis yang dipilih khas dari istana raja untuk melayani Ester.
10 Selama itu Ester merahsiakan bahawa dia seorang Yahudi, kerana dia menurut nasihat Mordekhai.
11 Tiap-tiap hari Mordekhai berjalan-jalan di halaman bahagian depan istana wanita itu untuk mengetahui bagaimana keadaan Ester, dan apa yang akan berlaku kepadanya.