4 Apabila dayang-dayang dan sida-sida yang melayani Ester memberitahu Ester apa yang sedang dilakukan Mordekhai, Ester sangat gelisah. Dia mengirim pakaian kepada Mordekhai supaya dia tidak memakai kain guni, tetapi Mordekhai tidak mahu menerimanya.
5 Kemudian Ester memanggil Hatah, salah seorang sida-sida di istana yang ditugaskan raja untuk melayani Ester. Ester menyuruh Hatah bertanya kepada Mordekhai apa yang sedang berlaku dan mengapa dia bertindak begitu.
6 Hatah pergi kepada Mordekhai di lapangan kota, di hadapan pintu gerbang istana.
7 Mordekhai memberitahu dia segala yang dialaminya, dan berapa banyak wang perak yang dijanjikan oleh Haman untuk dimasukkan ke dalam perbendaharaan diraja, setelah semua orang Yahudi dibunuh.
8 Dia memberi Hatah salinan surat raja yang sudah diisytiharkan di Susan, yang mengandungi perintah untuk membinasakan semua orang Yahudi. Mordekhai menyuruh Hatah membawa surat itu kepada Ester dan menjelaskan perkara itu kepadanya. Mordekhai juga meminta supaya Ester menghadap raja dan memohon belas kasihan bagi bangsanya.
9 Kemudian Hatah pergi kepada Ester dan menyampaikan pesan Mordekhai kepadanya.
10 Tetapi Ester mengutus Hatah kembali kepada Mordekhai dengan pesan berikut,