1 Kemudian raja dan Haman pergi makan bersama dengan Ester
2 untuk kali kedua. Sambil mereka minum wain, raja bertanya lagi, “Hai Permaisuri Ester, apakah keinginan adinda? Katakanlah, dan beta akan memberikannya kepada adinda, walaupun setengah daripada kerajaan beta.”
3 Permaisuri Ester menjawab, “Jika tuanku berkenan mengabulkan keinginan hamba, hamba mohon supaya hamba dan bangsa hamba boleh hidup,
4 kerana hamba dan bangsa hamba sudah dijual untuk dibunuh. Jika hamba dan bangsa hamba hanya dijual untuk dijadikan abdi, hamba akan berdiam diri dan tidak mahu mengganggu tuanku. Tetapi kami akan dibinasakan dan dihapuskan dari muka bumi ini!”
5 Raja Ahasyweros bertanya kepada Permaisuri Ester, “Siapakah yang berani melakukan perkara itu? Di manakah orang itu?”