1 Kemudian tibalah hari ketiga belas bulan Adar, iaitu hari yang ditetapkan bagi pelaksanaan titah diraja itu. Itulah hari yang dinanti-nantikan oleh musuh orang Yahudi untuk menguasai bangsa itu. Tetapi sebaliknya, orang Yahudi pula yang mengalahkan mereka.
2 Di kawasan orang Yahudi di tiap-tiap kota, orang Yahudi berkumpul dan menyerang siapa sahaja yang cuba mencederakan mereka. Bangsa-bangsa di mana sahaja takut kepada mereka sehingga tidak seorang pun berani menentang mereka.
3 Bahkan semua pembesar wilayah - gabenor, pentadbir, dan wakil diraja - menyokong orang Yahudi kerana mereka takut kepada Mordekhai.
4 Di seluruh kerajaan itu, orang tahu bahawa Mordekhai seorang yang berkuasa di istana, dan bahawa kuasanya semakin bertambah.
5 Oleh itu, orang Yahudi dapat berbuat apa sahaja terhadap musuh mereka. Orang Yahudi menyerang dengan pedang serta membunuh mereka.