14 Raja memberikan perintah untuk melaksanakan permintaan Ester. Surat perintah dikeluarkan di Susan dan mayat kesemua anak lelaki Haman digantung.
15 Pada hari keempat belas bulan Adar, orang Yahudi di Susan berkumpul semula dan membunuh sebanyak 300 orang lagi di kota itu. Kali ini juga mereka tidak merampas harta orang.
16 Orang Yahudi di wilayah-wilayah juga berkumpul dan membela diri. Mereka mengalahkan musuh dan membunuh seramai 75,000 orang yang membenci mereka, tetapi mereka tidak merampas harta orang.
17 Peristiwa itu berlaku pada hari ketiga belas bulan Adar. Keesokan harinya, pada hari keempat belas, tidak ada lagi pembunuhan. Mereka merayakan hari itu dengan berpesta.
18 Tetapi orang Yahudi di Susan mengadakan perayaan pada hari kelima belas, kerana pada hari ketiga belas dan keempat belas mereka membunuh musuh, dan pada hari kelima belas barulah mereka berhenti membunuh musuh.
19 Itulah sebabnya orang Yahudi yang tinggal di kota-kota kecil merayakan hari keempat belas bulan Adar dengan berpesta. Pada hari itu mereka saling memberikan hadiah berupa makanan.
20 Selepas itu Mordekhai mencatatkan kejadian itu. Dia mengirim surat kepada semua orang Yahudi, baik yang dekat mahupun yang jauh, di seluruh Kerajaan Persia.