23 Orang Yahudi menurut perintah Mordekhai itu, lalu perayaan itu menjadi perayaan tahunan.
24 Haman anak Hamedata, keturunan Agag dan musuh orang Yahudi, sudah membuang undi yang disebut “purim”, untuk menentukan hari bagi pembunuhan orang Yahudi. Dia sudah bertekad untuk menghapuskan mereka dari muka bumi.
25 Tetapi Ester menghadap raja, dan raja mengeluarkan titah bertulis, sehingga Haman menanggung akibat komplotnya terhadap orang Yahudi. Dia dan anak-anak lelakinya digantung pada tiang penggantungan.
26 Itulah sebabnya perayaan itu dinamakan Purim. Oleh sebab surat Mordekhai dan segala yang sudah dialami orang Yahudi,
27 mereka membuat peraturan bagi mereka dan keturunan mereka, dan siapa sahaja yang menjadi warga bangsa Yahudi diwajibkan untuk merayakan dua hari itu tiap-tiap tahun, seperti yang sudah ditentukan oleh Mordekhai.
28 Mereka membuat satu peraturan, bahawa setiap keluarga Yahudi daripada semua generasi yang akan datang, di semua wilayah dan kota, harus ingat untuk merayakan perayaan Purim selama-lamanya.
29 Di samping itu, bersama dengan surat Mordekhai, Permaisuri Ester anak Abihail menulis surat kedua, yang memperkuat isi surat Mordekhai tentang Purim.