28 Engkau memberikan makanan, dan makhluk ciptaan-Mu mengumpulkannya;Engkau memberikan semuanya makanan sehingga kenyang.
29 Apabila Engkau berpaling, makhluk ciptaan-Mu takut;apabila Engkau mengambil balik nafas-Mu, semuanya binasa,dan kembali ke tanah, menjadi debu semula.
30 Tetapi apabila Engkau memberikan nafas, semuanya hidup;Engkau memberikan kehidupan baru kepada bumi.
31 Semoga kemuliaan TUHAN kekal selama-lamanya!Semoga TUHAN bergembira dengan semua ciptaan-Nya!
32 Dia memandang bumi, bumi pun bergentar;Dia menyentuh gunung, gunung pun berasap.
33 Aku akan menyanyi untuk TUHAN sepanjang umurku;aku akan menyanyikan pujian bagi Allahku seumur hidupku.
34 Semoga nyanyianku menyenangkan hati-Nya,kerana Dialah yang membuat hatiku gembira.