1 Mazmur Daud.Ya TUHAN, pembelaku, aku berseru kepada-Mu.Dengarlah teriakanku!Jika Engkau tidak mengabulkan doaku,aku seperti orang yang masuk ke lubang kubur.
2 Dengarkanlah aku ketika aku berseru meminta pertolongan,aku mengangkat tanganku ke arah Rumah-Mu yang suci.
3 Janganlah hukum aku bersama dengan orang durjana,bersama-sama orang yang melakukan kejahatan -orang yang bermulut manis,tetapi hati diliputi kebencian.
4 Hukumlah mereka kerana perbuatan mereka,kerana segala kejahatan yang telah dilakukan mereka.Hukumlah mereka kerana segala perbuatan mereka;balaslah mereka dengan sepatutnya.
5 Mereka tidak mempedulikan perbuatan TUHAN,mahupun segala ciptaan-Nya;oleh itu TUHAN akan menghukum merekadan memusnahkan mereka selama-lamanya.
6 Pujilah TUHAN;Dia telah mendengar permohonanku.
7 TUHAN melindungi dan membela aku;aku percaya kepada-Nya.Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku;aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.
8 TUHAN melindungi umat-Nya;Dia membela dan menyelamatkan raja pilihan-Nya.
9 Ya TUHAN, selamatkanlah umat-Mu,dan berkatilah mereka yang menjadi milik-Mu.Jadilah seperti gembala bagi mereka,dan jagalah mereka selama-lamanya.