21 Raja melantik Yusuf sebagai ketua kerajaannya,dan menjadikan dia penguasa seluruh negeri,
22 untuk memberikan arahan kepada pegawai-pegawai raja,dan untuk memimpin para penasihat raja.
23 Selepas itu Yakub pergi ke Mesir,dan menetap di negeri itu.
24 TUHAN menjadikan umat-Nya bertambah banyak,sehingga mereka menjadi lebih kuat daripada musuh.
25 TUHAN menyebabkan bangsa Mesir benci akan umat-Nya,bangsa Mesir menipu dan memperdayakan hamba-hamba-Nya.
26 Lalu Dia mengutus Musa, hamba-Nya,dan Harun, orang yang dipilih-Nya.
27 Mereka melakukan keajaiban daripada Allah,dan melakukan mukjizat di Mesir.