6 TUHAN melindungi orang yang tidak berdaya;ketika aku menghadapi bahaya, Dia menyelamatkan aku.
7 Aku mesti tenang,kerana TUHAN baik kepadaku.
8 TUHAN telah menyelamatkan aku daripada maut;Dia menghentikan air matakudan tidak membiarkan aku dikalahkan.
9 Maka aku hidup di hadirat TUHAN,di dunia orang yang hidup.
10 Aku tetap percaya, walaupun aku berkata,“Aku dikalahkan sama sekali.”
11 Walaupun dalam kecemasan aku berkata,“Tiada seorang pun yang boleh dipercayai.”
12 Apakah yang dapat aku persembahkan kepada TUHANuntuk segala kebaikan-Nya terhadap aku?