1 Mazmur Daud. Sajak.Berbahagialah orangyang dosa mereka telah diampunkan,yang kesalahan mereka telah dimaafkan.
2 Berbahagialah orangyang tidak dituduh oleh TUHAN kerana kejahatan mereka,dan yang tidak suka menipu.
3 Ketika aku tidak mengakui dosaku,aku letih kerana menangis sepanjang hari.
4 Siang malam Engkau menghukum aku, ya TUHAN;tenagaku habis seperti embun diserap terik matahari.
5 Kemudian aku mengakui dosaku kepada-Mu;aku tidak menyembunyikan perbuatanku yang salah.Aku mengambil keputusan untuk mengakui dosaku kepada-Mu,dan Engkau mengampunkan segala kesalahanku.
6 Oleh itu semua umat-Mu yang setiaharuslah berdoa kepada-Mu pada masa kesusahan;apabila banjir kesusahan melanda,mereka tidak ditimpanya.