4 Siang malam Engkau menghukum aku, ya TUHAN;tenagaku habis seperti embun diserap terik matahari.
5 Kemudian aku mengakui dosaku kepada-Mu;aku tidak menyembunyikan perbuatanku yang salah.Aku mengambil keputusan untuk mengakui dosaku kepada-Mu,dan Engkau mengampunkan segala kesalahanku.
6 Oleh itu semua umat-Mu yang setiaharuslah berdoa kepada-Mu pada masa kesusahan;apabila banjir kesusahan melanda,mereka tidak ditimpanya.
7 Engkaulah tempat persembunyianku,Engkau akan menyelamatkan aku daripada kesusahanku.Aku bersorak memuji-Mu,kerana Engkau menyelamatkan dan melindungi aku.
8 TUHAN berfirman,“Aku akan menunjukkan jalan yang harus kauikuti.Engkau akan Kubimbing dan Kunasihati.
9 Janganlah bodoh seperti kuda atau baghal,yang mesti dikawal dengan tali dan kekang supaya menurut.”
10 Orang jahat pasti menderita,tetapi orang yang berharap kepada TUHANdilindungi oleh kasih-Nya.