12 Ya TUHAN, janganlah berhenti mengasihani aku;peliharalah aku dengan kasih dan kesetiaan-Mu.
13 Aku dikelilingi banyak kesusahan,jumlahnya tidak terkira.Dosa-dosaku telah mengejar aku,sehingga aku tidak dapat melihat.Jumlahnya melebihi rambut di kepalaku,dan aku kehilangan semangat.
14 Ya TUHAN, selamatkanlah aku!Ya TUHAN, cepatlah tolong aku!
15 Biarlah mereka yang cuba membunuh akudikalahkan dan dibingungkan.Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku,dipukul mundur dan dipermalukan.
16 Biarlah mereka yang mengejek akuterkejut dan malu kerana dikalahkan.
17 Semoga semua orang yang datang kepada-Mubergembira dan bersukacita!Semoga mereka yang bersyukur bagi penyelamatan-Musentiasa berkata, “Sungguh agungnya TUHAN!”
18 Aku lemah dan tidak berdaya;tetapi Engkau, ya Tuhan, mengingati aku.Engkaulah penolong dan penyelamatku;cepatlah datang menolong aku, ya Allahku!