6 Jiwaku dijamu dan dipuaskan,dan aku akan menyanyikan lagu-lagu pujian untuk-Mu.
7 Waktu aku berbaring di katil,aku ingat akan Engkau;sepanjang malam aku merenungkan Engkau,
8 kerana Engkau sentiasa menolong aku;aku menyanyi dengan riang di bawah naungan sayap-Mu.
9 Aku berpaut kepada-Mu,tangan-Mu yang kuat menopang aku.
10 Orang yang cuba membunuh akuakan turun ke dunia orang mati;
11 mereka akan dibunuh dalam pertempuran,dan mayat mereka dimakan serigala.
12 Raja akan bersukacita kerana Allah memberi raja kemenangan;semua orang yang berjanji demi Allah akan bergembira,tetapi suara pendusta akan disenyapkan.