13 bahawa beberapa orang jahat daripada bangsa kamu sudah menyesatkan penduduk kota mereka sehingga penduduk di situ menyembah tuhan-tuhan yang tidak pernah kamu sembah.
14 Jika kamu mendengar khabar angin seperti itu, siasatlah hal itu baik-baik. Jika memang benar bahawa perkara jahat itu benar-benar berlaku,
15 bunuhlah semua penduduk kota itu dan juga semua ternakan mereka. Musnahkan kota itu seluruhnya.
16 Kumpulkanlah segala milik penduduk kota itu dan letakkanlah semuanya di padang kota. Kemudian bakarlah kota itu serta segala yang ada di dalamnya sebagai persembahan kepada TUHAN, Allah kamu. Kota itu mesti dibiarkan menjadi runtuhan selama-lamanya, dan tidak sekali-kali dibina semula.
17 Jangan ambil apa-apa pun yang sudah dikutuk untuk dibinasakan, maka TUHAN akan berpaling daripada kemurkaan-Nya dan mengasihani kamu. Dia akan mengasihani kamu dan menjadikan kamu bangsa yang besar bilangannya, sebagaimana yang sudah dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kamu.
18 Dia akan melakukan hal itu jika kamu mentaati segala perintah-Nya yang sudah aku berikan kepada kamu hari ini, dan kamu melakukan apa yang dikehendaki-Nya.”