7 Salah seorang di kalangan mereka mungkin memujuk kamu untuk menyembah tuhan-tuhan bangsa yang tinggal dekat dengan kamu, atau tuhan-tuhan bangsa yang tinggal jauh.
8 Tetapi jangan biar orang itu memujuk kamu, dan jangan dengarkan kata-katanya. Jangan kasihani orang itu dan jangan lindungi dia.
9 Bunuhlah dia! Biarlah kamu menjadi orang pertama yang merejam dia, lalu biarlah semua orang lain merejam dia.
10 Rejamlah dia sampai mati! Dia cuba menjauhkan kamu daripada TUHAN, Allah kamu, yang sudah menyelamatkan kamu dari Mesir, tempat kamu diperhamba dahulu.
11 Kemudian semua orang Israel akan mendengar hal yang berlaku, dan mereka akan takut. Seorang pun tidak akan melakukan perkara sejahat itu lagi.
12 Apabila kamu tinggal di kota-kota yang diberikan TUHAN, Allah kamu kepada kamu, mungkin kamu akan mendengar
13 bahawa beberapa orang jahat daripada bangsa kamu sudah menyesatkan penduduk kota mereka sehingga penduduk di situ menyembah tuhan-tuhan yang tidak pernah kamu sembah.