10 tetapi apa sahaja binatang yang hidup di dalam air dan yang tidak mempunyai sirip dan sisik, tidak boleh dimakan. Binatang seperti itu haram.
11 Kamu boleh makan semua jenis burung yang halal.
12-18 Tetapi jenis-jenis burung yang berikut tidak boleh kamu makan: burung rajawali, burung hantu, semua jenis burung helang, burung nasar, burung gagak, burung unta, burung camar, burung ranggung, burung pucung dan semua jenis burung bangau, burung undan, burung kosa, dan kelawar.
19 Semua serangga yang bersayap adalah haram; jangan makan serangga jenis itu.
20 Makanlah serangga jenis yang halal.
21 Jangan makan binatang yang mati biasa. Daging binatang itu boleh dimakan oleh orang asing yang tinggal di kalangan kamu, atau dijual kepada orang asing. Tetapi kamu milik TUHAN, Allah kamu; kamu umat-Nya.Jangan rebus anak domba atau anak kambing di dalam susu induknya.”
22 “Sisihkanlah persembahan persepuluhan, iaitu sepersepuluh daripada segala hasil ladang kamu setiap tahun.