13 Jangan kasihani pembunuh itu. Bebaskanlah Israel daripada pembunuh itu supaya kamu sejahtera.”
14 “Jangan alihkan penanda sempadan tanah milik jiran kamu yang telah ditentukan sejak dahulu, di tanah yang akan diberikan oleh TUHAN, Allah kamu kepada kamu.”
15 “Satu orang saksi tidak cukup untuk membuktikan kesalahan seseorang. Sekurang-kurangnya mesti ada dua orang saksi untuk membuktikan bahawa seseorang itu bersalah.
16 Jika seseorang cuba menuduh orang lain bahawa dia melakukan jenayah,
17 kedua-dua mereka mesti pergi ke satu tempat ibadat itu. Di situ mereka akan diadili oleh para imam dan hakim yang bertugas pada waktu itu.
18 Para hakim mesti menyiasat perkara itu dengan teliti. Jika seseorang mendakwa sesama bangsanya dengan tuduhan palsu,
19 dia mesti dijatuhi hukuman yang dimaksudkan untuk orang yang didakwanya. Dengan demikian kamu akan membasmi kejahatan itu.