8 Umat Israel berkabung bagi Musa selama tiga puluh hari di dataran Moab.
9 TUHAN mengurniakan kebijaksanaan kepada Yosua anak Nun kerana Musa telah melantik dia menjadi penggantinya. Umat Israel taat kepada Yosua serta melakukan perintah yang diberikan TUHAN kepada mereka dengan perantaraan Musa.
10 Sejak itu, tidak ada nabi seperti Musa di Israel; TUHAN berfirman berhadapan muka dengan Musa.
11 Tidak ada lagi nabi yang pernah melakukan mukjizat dan keajaiban seperti yang dilakukan Musa; TUHAN menyuruh Musa melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menentang raja Mesir, pegawai-pegawai raja dan seluruh negeri itu.
12 Tidak ada nabi lain yang melakukan perbuatan-perbuatan hebat dan dahsyat seperti yang dilakukan Musa di hadapan segenap umat Israel.