15 Ingatlah bahawa dahulu kamu diperhamba di negeri Mesir, dan Aku TUHAN, Allah kamu, membebaskan kamu dengan kuasa dan kekuatan-Ku yang besar. Itulah sebabnya Aku memerintah kamu untuk merayakan hari Sabat.
16 Hormatilah bapa dan ibu kamu, sebagaimana Aku TUHAN, Allah kamu, perintahkan kamu, supaya kamu sejahtera dan panjang umur di tanah yang akan Aku beri kepada kamu.
17 Jangan membunuh.
18 Jangan berzina.
19 Jangan mencuri.
20 Jangan berikan kesaksian palsu tentang orang lain.
21 Jangan ingini kepunyaan orang lain: isterinya, rumahnya, tanahnya, abdinya, ternakannya, keldainya, atau apa-apa pun miliknya.’