29 Alangkah baiknya jika mereka sentiasa berperasaan demikian. Alangkah baiknya jika mereka sentiasa takut akan Aku dan taat kepada segala perintah-Ku, supaya mereka dan keturunan mereka sejahtera selama-lamanya.
30 Pergilah dan suruhlah mereka pulang ke khemah masing-masing.
31 Tetapi engkau, Musa, harus tinggal di sini bersama dengan Aku. Aku akan memberi engkau segala hukum dan perintah-Ku. Ajarkanlah semuanya kepada umat itu supaya mereka mentaatinya di negeri yang akan Kuberikan kepada mereka.’
32 Hai umat Israel, pastikanlah bahawa kamu melakukan segala yang diperintahkan TUHAN, Allah kamu. Jangan langgar satu pun hukum-Nya.
33 Patuhilah semua yang diperintahkan oleh TUHAN, Allah kamu, supaya kamu sejahtera dan panjang umur di tanah yang akan kamu duduki.”