11 Oleh itu, taatilah apa yang sudah diajarkan kepada kamu; patuhilah semua hukum yang aku berikan kepada kamu hari ini.”
12 “Jika kamu mendengarkan hukum ini dan melaksanakannya dengan setia, maka TUHAN, Allah kamu akan terus menepati perjanjian yang dibuat-Nya dengan kamu dan menunjukkan kasih-Nya kepada kamu, sebagaimana yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kamu.
13 Dia akan mengasihi dan memberkati kamu, supaya bilangan kamu bertambah-tambah dan kamu beroleh banyak anak. Dia akan memberkati ladang kamu supaya kamu mendapat gandum, wain, dan minyak zaitun. Dia akan memberkati kamu dengan memberi kamu ternakan dan domba yang banyak. Dia akan memberi kamu segala berkat ini di tanah yang diberikan-Nya kepada kamu, menurut janji-Nya kepada nenek moyang kamu.
14 Tiada bangsa mana pun di dunia ini yang akan diberkati dengan berlimpah-limpah seperti kamu. Tiada seorang pun di kalangan kamu akan mandul, dan semua ternakan kamu akan membiak.
15 TUHAN akan melindungi kamu daripada segala penyakit. Dia tidak akan membiarkan kamu menghidap penyakit dahsyat seperti yang kamu alami di Mesir, tetapi Dia akan menimpakan penyakit itu kepada semua musuh kamu.
16 Binasakanlah semua bangsa yang diserahkan oleh TUHAN, Allah kamu ke bawah kuasa kamu, dan jangan kasihani mereka. Jangan sembah tuhan-tuhan mereka, kerana perbuatan itu akan mendatangkan bencana.
17 Jangan berfikir bahawa bilangan bangsa-bangsa itu lebih besar daripada kamu, dan bahawa kamu tidak dapat mengusir mereka.