25 Oleh itu aku bersujud di hadapan TUHAN selama empat puluh hari dan empat puluh malam, kerana aku tahu bahawa Dia bertekad untuk membinasakan kamu.
26 Kemudian aku berdoa kepada-Nya, ‘Ya TUHAN Raja, jangan binasakan umat-Mu, yang sudah Engkau selamatkan dan bawa keluar dari Mesir dengan kekuatan dan kuasa-Mu yang besar.
27 Ingatlah akan hamba-Mu, Abraham, Ishak, dan Yakub. Jangan pedulikan kedegilan, kejahatan, dan dosa umat ini.
28 Jika Engkau membinasakan mereka, orang Mesir akan berkata bahawa Engkau tidak sanggup membawa umat-Mu ke tanah yang sudah Engkau janjikan kepada mereka. Mereka akan berkata bahawa Engkau membawa umat-Mu keluar ke padang gurun untuk membunuh mereka, kerana Engkau membenci mereka.
29 Bukankah mereka ini umat yang Engkau pilih untuk menjadi umat-Mu sendiri? Merekalah yang Engkau bawa keluar dari Mesir dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar.’ ”