11 Biarlah orang seperti itu sedar bahawa apabila kami bersama-sama kamu, kami akan bertindak seperti apa yang kami tulis dalam surat-surat kami.
12 Memang kami tidak berani menyamakan atau membandingkan diri dengan orang yang memuji diri mereka sendiri. Alangkah bodohnya mereka! Mereka membuat penilaian sendiri, dan menilai diri mereka dengan penilaian itu.
13 Kami juga berbangga, tetapi tidak di luar batas yang ditentukan. Kami di dalam batas-batas kawasan pekerjaan yang sudah ditentukan oleh Allah bagi kami, dan kamu termasuk di dalam kawasan itu.
14 Kamu termasuk di dalam kawasan yang sudah ditentukan oleh Allah bagi kami. Oleh itu, kami tidak di luar batas kawasan pekerjaan kami ketika mengunjungi kamu dan membawa Berita Baik tentang Kristus.
15 Dengan demikian kami tidak berbangga dengan kerja orang lain yang di luar batas yang ditentukan oleh Allah bagi kami. Sebaliknya kami berharap agar kamu semakin percaya kepada Kristus, sehingga kami dapat meluaskan kerja kami di kalangan kamu, di dalam batas yang ditentukan oleh Allah.
16 Kemudian barulah kami dapat mengkhabarkan Berita Baik di negeri-negeri lain. Dengan demikian kami tidak mendapat pujian bagi kerja yang sudah dilakukan di kawasan pelayanan orang lain.
17 Di dalam Alkitab tertulis, “Sesiapa mahu berbangga, hendaklah dia berbangga dengan apa yang sudah dilakukan oleh Tuhan.”