5 dan mengatasi setiap alasan yang diajukan oleh orang sombong untuk menentang pengetahuan tentang Allah. Kami menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus.
6 Setelah kamu membuktikan kesetiaan kamu, kami siap menghukum sesiapa pun yang tidak setia.
7 Kamu melihat hal-hal secara zahir sahaja. Jika sesiapa mengaku dirinya milik Kristus, hendaklah dia berfikir lagi dan sedar bahawa kami juga milik Kristus seperti dia.
8 Aku tidak malu walaupun aku terlalu membanggakan kekuasaan yang sudah diberikan oleh Tuhan kepada kami, kerana kekuasaan itu diberikan untuk membina kamu, bukannya untuk meruntuhkan kamu.
9 Aku tidak mahu kamu berfikir bahawa aku menakutkan kamu dengan surat-suratku.
10 Ada yang berkata, “Surat-surat Paulus itu keras dan tegas, tetapi apabila dia bersama-sama kita, dia lemah perangainya dan kata-katanya tidak bererti apa-apa!”
11 Biarlah orang seperti itu sedar bahawa apabila kami bersama-sama kamu, kami akan bertindak seperti apa yang kami tulis dalam surat-surat kami.