12 Apa yang aku lakukan sekarang akan aku lakukan terus-menerus supaya “rasul-rasul” yang lain itu tidak mempunyai alasan untuk berbangga dan berkata bahawa mereka bekerja seperti kami.
13 Mereka rasul palsu. Mereka berdusta tentang kerja mereka dan mereka menyamar seperti rasul Kristus.
14 Hal itu tidak menghairankan! Iblis pun dapat menyamar seperti malaikat yang gilang-gemilang.
15 Oleh itu, tidaklah menghairankan jika hamba-hamba Iblis menyamar seperti hamba yang melakukan kehendak Allah. Akhirnya mereka akan menerima balasan yang setimpal dengan semua perbuatan mereka.
16 Biarlah aku ulangi hal ini sekali lagi: Janganlah sesiapa pun menganggap aku bodoh. Tetapi jika kamu tetap menganggap aku ini bodoh, benarkanlah aku yang bodoh ini berbangga sedikit.
17 Aku tidak mengikut perintah Tuhan apabila aku berbangga seperti ini; aku bersikap seperti orang bodoh.
18 Tetapi kerana banyak orang berbangga dengan tujuan duniawi, aku pun mahu berbangga.