18 Tetapi kerana banyak orang berbangga dengan tujuan duniawi, aku pun mahu berbangga.
19 Kamu menganggap diri kamu bijak. Oleh itu, kamu bersabar terhadap orang bodoh!
20 Kamu membiarkan mereka memperhamba kamu atau merugikan kamu atau memerangkap kamu atau menghina kamu ataupun menampar kamu.
21 Aku malu mengaku bahawa kami tidak berani berbuat demikian.Jika orang berani membanggakan sesuatu, aku pun berani. (Aku ini bercakap seperti orang bodoh.)
22 Adakah mereka orang Ibrani? Aku pun orang Ibrani. Adakah mereka orang Israel? Aku pun orang Israel. Adakah mereka keturunan Abraham? Aku pun keturunan Abraham.
23 Adakah mereka hamba Kristus? Mungkin kedengarannya aku ini gila, tetapi aku ini hamba yang lebih baik daripada mereka. Aku bekerja lebih keras, aku lebih sering dipenjarakan, aku lebih sering disesah dan aku kerap kali menghadapi maut.
24 Lima kali aku disesah orang Yahudi dengan pukulan cambuk tiga puluh sembilan kali.